PERGURUAN PERSILATAN GARUDASAKTI(reg.no.0993-10-JHR)

Self-defences,The Internal Energy ,Healing & Consulting

Sejarah Lagenda Perguruan Garuda Sakti

Sejarah Lagenda Perguruan Garuda Sakti

Benar, tanah air mesti dipertahankan dari penjajahan walau dengan cara dan ilmu apa pun!

Dari Janatagan Apdeling, Blora Indonesia.... Bapak Hj.Supathir bersama Sukarno dan Sultan Shahril terus menerus menentang Belanda, hingga mata pedang tidak lagi berkilauan hingga nampak kilaunya melainkan dipenuhi dengan warna merah darah, semerah selempang merah yang menyilangi dada. Dari situ beliau berangkat ke Pulau Riau bagi meneruskan penentang penjajah. Belanda mesti ditumpaskan dan pejuang pejuang Garuda Sakti mesti berterbangan, beribu nyawa Belanda yang tumpah dengan kepala terpenggal, bergelimpangan. Dari situ beliau berangkat ke Tanjung Pinang dan ini adalah destinasi yang terakhir.

Esoknya, selepas mengimamkan penduduk Tanjung Pinang, selepas berdoa dan memberi kata semangat, bapak kembali menyarungkan selempang merahnya melilit dada, disisipnya pedang jihad dipinggang lalu digenggamnya kacang hijau tempat dia berpijak, seraya berpaling menghadap makmum dihalaman masjid,

Beliau memberi keyakinan. Inilah ilmu Allah yang suci murni, sesuci tanah tempat kita berpijak dan kembalikan, jangan gentar, tetapkan iman ingatlah wahai hamba Allah bahawa di sini hanya sementara, akhirat itulah kita kekal. Yakinlah, Allahhuakbar. Allahhuakbar. Allahhuakbar. Serentak dia melemparkan kacang hijau yang tergenggam lalu mengujudkan sekian banyak tabuan hingga bunyinya membingitkan telinga dan hilang sekelip mata, mencari Belanda si penjajah. Menyengkap air matanya sewaktu ditemui baru-baru ini. Baginya perjuangan menentang penjajah dari zaman Belanda hinggalah ke Jepun, Inggeris mahupun komunis adalah nostalgia yang tidak mungkin dapat dilupakannya. Sahabat yang menggabung nyawa dan gugur di medan juang baginya adalah satu pemergian yang tidak mungkin dilupakan, mereka hidup bagi bapak!, Kata Bapak Supathir.



Menurut beliau lagi, selama dua hari dua malam bapak bersama Sukarno dan Sultan Shahril menentang penjajah secara habis-habisan. Mereka mengetuai penduduk kampung dan kumpulan masing-masing, dan selama itu mereka sudah meragut hampir satu juta nyawa penjajah Belanda. Anak bayangkan sahaja, pakaian dengan selempang sudah sama warna , dari hulu pedang hingga ke hulu tempat digenggam dibasahi darah, hingga darah tidak sampai kering, hanyir! Selepas dua hari bapak henti rehat kemudian tidak
lama dari itu Indonesia mencapai kemerdekaan.


Sambung beliau lagi, ketika umur bapak 45 tahun, bapak sudah berhijrah. Ketika tahun 1945, bapak sudah berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan menetap di Kota Tinggi. Waktu Sukarno diangkat menjadi Presiden Indonesia yang pertama, bapak dipelawa oleh beliau untuk menjadi timbalannya tetapi bapak enggan bahkan Sultan Shahril juga memujuk. Namun hati bapak berat untuk memegang jawatan itu,tambahan lagi bapak sudah mendirikan rumahtangga dengan orang semenanjung dan hampir semua pertempuran di Tanah Melayu sudah bapak saksikan sendiri dan mengikutinya. Dari Jepun, Inggeris hinggalah 13 Mei, begitu juga sewaktu memerangi Komunis berbintang Tiga, peristiwa begitu membuatkan bapak rasa Tanah Melayu ini sebagai tanah lahir bapak sendiri.


Kembali menyingkap akan kehebatan ilmu Garuda Sakti yang diamalkan oleh Bapak Supathir, beliau yang dilahirkan pada 1913 di Indonesia bertempat di pendalaman Apdeling Blora yang berasal dari keluarga geladangan mengakui, " Sepanjang pengalaman bapak dari seberang ke semenanjung dan selepas menemui guru-guru ilmuan kebatinan, bapak belum temui lagi sebarang ilmu yang dapat menandingi kehebatan Garuda Sakti. "


Sambung beliau lagi, " Sudah 138 guru persilatan dan kebatinan yang bapak temui di Semenanjung kesemuanya jika mahu diukur tolak jika mahu dicontohkan pada ukuran manusia, ilmu kebatinan di Malaysia serta beratus lagi perguruan diseluruh Nusantara ini,memang hebat serta tinggi keilmuan kebatinannya. Bukannya bapak mahu menyombong diri dengan ilmu Garuda Sakti, tetapi jika sesiapa yang ingin mengakui dirinya handal, ya,silakan ke mari! Jika setakat kebal tidak mampan senjata, dengan setakat tangan kosong sahaja bapak boleh bunuh. Jika tidak muntah darah, jangan panggil bapak! Silakan berludah dihidung bapak, bapak rela! "


Tambah beliau lagi, di dalam kebatinan Garuda Sakti, ada beberapa perkara yang menjadi kepantangan bagi pengamalnya. Diantaranya kepantangan itu adalah tidak boleh melakukan dosa-dosa besar jika mahu mengamalkan semula terpaksa menyeberangi laut untuk memandikan mereka.


Selalunya pengamal yang melanggar pantang akan dimandikan di Pulau Besar, Melaka. Ditanya mengapa pulau dijadikan tempat dimandikan, jelas beliau, " kerana Nabi Allah Adam, sewaktu diturunkan adalah di pulau dan terpaksa menyeberangi lautan untuk mencari Hawanya semula. "


Tambah Haji Supathir lagi, bagi pengamal-pengamal Garuda Sakti, zikir adalah kekuatan rohani hingga mereka yang berjaya akan mampu menembus diri sekalipun lubang cahaya hanya sebesar jarum sahaja, seperti katanya, " dikatakan ilmu telus cahaya atau tembus udara, jika udara mampu bergerak masuk kita juga bisa? Ini dipanggil Sukma Rogo dimana nafas Anum ( halus ) memainkan peranan penting
".


Di dalam soal zikir menurut beliau lagi, zikir ditambah tingkat tertentu bagi mereka yang mencapaiselempang merah dimana waktu subuh, zikirnya 555, manakala Zuhur 444 zikirnya, Asar 333, Maghrib 222 dan Isyak 165 ditambah lagidengan tahajjud dan zikrullah 14444, dan hampir dikatakan bahawa setiap waktu sama ada di dalam solat atau di luar,mereka akan sentiasa dalam keadaan berwudhuk dan berzikir. Difahamkan juga, zikir jauhar atau sirr di dalam Garuda Sakti mengikut bilangan nabi, rasul begitu juga bilangan wali-wali Allah. Apa yang lebih menarik lagi adalah, jalan kembali dan penyucian diri di dalam amalan itu menjurus kepada jalan kembali kepada Allah atau dikenal kepada 'jalan kematian'. Walau bagaimanapun, menurut Haji Supathir apa yang lebih penting didalam Garuda Sakti adalah menjadi Hamba Sejati dan mempelajari seni bela diri sebagai ibu kepada setiap yang bernama seni, sebagai mana menurut beliau setiap perkara ada rukunnya dan didalam ilmu Garuda Sakti, rukun itu menjadi asas dalam setiap gerak dan diam. Garuda Sakti juga sudah membuktikan kehebatannya dari zaman penjajah hinggalah abad ke21 ini.


Menurut Bapak Hj.Supathir lagi, bagi Bapak, betapa hebatnya dunia ini sekarang, ikatan khalimah Suhadah tidak pernah berubah bahkan tidak ada ilmu yang lebih tinggi dari ilmu Kalimah Allah. Bagi pengamal Garuda Sakti yang berada hampir disegenap pelusuk tanah air, Brunei, Sabah dan Sarawak, bapak berpesan supaya jangan sesekali riak serta takbur, jika bapak yang sudah uzur ini begini masih kuat berzikir, jangan kalian yang masih muda melupakannya. Dengan Allah, " kita manusia jangan biadab!!!!!" Ingat pesan bapak lagi, " Kita orang Islam, senjata yang paling ampuh adalah doa ", Itulah senjata mukmin dan balasannya adalah kabul, hati-hati dengan doa orang mukmin. Kesimpulannya didalam Ilmu Garuda Sakti diakhir perjalanan setiap insan pasti mengenal jalan kembalinya, jalan damai yang tidak berhujung dibalik ilmu perang yang bukan kepalang, hingga warna selempang, pakaian dan pedang menjadi sewarna, sedarah, serasa didalam paduan kalimah Thoibah.


 



 

 

 

PERJUANGAN GARUDA

 

Berjuta nyawa yang hilang

terpenggal dan berpisah dari leher sendiri

Garuda bangkit berdiri saksi

Bukan engkau memanah ketika engkau memanah

Bukan engkau melontar ketika engkau melontar

Garuda terbang semakin meninggi

dalam zikir yang menghilang

dalam rasa yang paling rahsia,

antara Tuhan dan hamba

Jikapun aku sampaikan apa yang aku rasa

nescaya darah ku juga halal sebagai mana halalnya

darah musuh dimata pedang ku

bila warna selempang dan darah menjadi sama

bila kilauan pedang dimerahi darah

dari hulu kehilir pedang

tajamnya lidah pedang menumpukan lidahku

sebelum aku membujur lalu

kembalikan aku pada keesaan

diatas tengkuk Garuda sakti yang meninggi!

Ampunkan aku...................

 

 

 

 


Bapak Hj.Supathir Parto


( Panglima merangkap Pengasas Garuda Sakti )


Perguruan Kebatinan Silat Garuda Sakti


Assalamualaikum W.B.T.

 

Syukor kehadrat Allah S.W.T. dengan izin dan hidayah darinya saya hadirkan diri saya dengan ilmu - ilmu warisan silam pegangan dari para wali - wali Allah khususnya dari Indonesia dan Malaysia ilmu - ilmu pegangan para wali - wali itulah yang memperjuangkan kemerdekaan dari penjajah Barat serta menyebarkan panji - panji Islam keseluruh nusantara Asia Tenggara ini. Saya sebagai Guru yang diijazahkan menawarkan ijazah kebatinan secara jarak jauh untuk dimiliki atau hadir diri jika berkemampuan.


Jika menuntut cara Jarak Jauh, Ijazah - ijazah tersebut akan dihantar melalui POS EXPRESS ke alamat saudara-saudari, Ijazah tersebut boleh digunakan untuk saudara - saudari yang ingin beramal untuk diri sendiri , keluarga maupun menolong saudara mara atau berminat membuka perguruan sendiri atau mengijazahkan nya kepada sesiapa yang berminat. Pengisian hadir atau jarak Jauh sama perngisiannya.


Ilmu untuk mempertahankan diri, ilmu yang tertua yang telah kami pelajari daripada Indonesia dan Malaysia tuntutlah ilmu yang HAKdan SUCIdisisi ALLAH dan jangan belajar ilmu yang salah disisi Allah, pelajarilah ilmu yang suci disisi ALLAH ini, supaya tidak sesat jalan, diibaratkan bersedia payung sebelum hujan.


Insya-Allah payung akan berguna walau hujan itu lebat sekalipun, payung tetap dapat melindungi diri daripada terkena hujan, Insya-Allah tetapkan iman, dan jangan ragu-ragu belajar ilmu yang suci disisi
Allah. Insya-Allah kita akan dapat berjaya dari segala-galanya, ingatlah wahai hamba Allah, dunia ini hanya untuk tumpangan sementara waktu sahaja, di akhiratlah tempat yang kekal selama-lamanya.


Harap menjadi perhatian sekelian hamba Allah yang beragama Islam, baik lelaki mahupun perempuan boleh berjaya belajar mempertahankan diri sangat penting jangan belajar melepak serta berfoya-foya
sangat rugi sekiranya kita mengikut hawa nafsu yang tiada diredhai Allah dan sangat rugi sekiranya kita melupai mati. Wahai sekelian hamba Allah yang beriman tuntutilah ilmu dunia dan juga tuntutilah ilmu yang suci sejati untuk bekalan di akhirat. Belajarlah ilmu yang suci disisi Allah supaya kita dapat kebahagian di dunia sehingga di akhirat.


Ilmu ilmu kebatinan telah saya pelajari hingga keperingkat guru adalah Perguruan Kebatinan Panca Bayu, Seni Silat Jawa Sejati, Silat Garuda Sakti, Silat Warisan Perlis, Kebatinan Indera Sakti, Silat Gaib Laksamana, Ilmu Aura Mistik Tenaga Alam Kosmik ( Jalur Emas ), Silat Gayang 5,Silat kebatinan Gayang Makrifat,Ilmu Mistik Reiki Kundalini ( Penyembuhan Ilahi), Pangmungkas Ilahi , Tendai Master dan lain lain.


Saya garap keseluruhan ilmu-ilmu tertua ini untuk dijadikan Pusaka Leluhur untuk anak anak bangsa yang akan datang. Ilmu-ilmu serta petua-petua yang saya gali dan pelajari dari guru guru tua yang setengahnya telah meninggal dunia. Kepada Ustaz Shahrin, Ustaz Mazlin, Imam Razak,Master Dr.Khalid, Master Mohd. Hisham, Kiyai Salleh@Pak Irwan, Haji Raja Ali,Allahyarham Kiyai Sarban,Allahyarham Guru Rebo dan Guru Nasir,dan Guru - Guru sekelian bapak panjatkan kesyukuran diatas kurniaannya sekelian guru-guru dapat menunjuk ajar sehingga qatam perguruan. Al'fatihah saya tujukan kepada Arwah Bapak Hj.Supathir selaku Guru Garuda Sakti dan kebatinan Indera Sakti, Bapak saya sendiri serta yang guru-guru yang lain lagi yang telah mengijazahkan Ilmu serta petua kepada saya.



Memandangkan kepada suasana masyarakat kita yang berbilang bangsa dengan dipenuhi berbagai gejala buruk dan jahat seperti perogolan, pembunuhan, kecurian, perompakan, dan sebagainya jadi untuk mengatasi gejala gejala buruk dan jahat seperti itu dengan izin Allah S.W.T. telah dapat saya susunkan kaedah pengamalan dan jurus Ilmu Perguruan Silat Garuda Sakti yang merupakan Ilmu Pahlawan serta Hulubalang yang telah lama wujud tetapi kian dilupai oleh zaman.


Satu ilmuan tertua dan leluhur dari Tanah Indonesia yang dapat melumpuhkan serangan lawan tanpa menyentuhnya walaupun berada dimana dan dalam keadaan apa sekali pun. Kunci ilmu ini akan saya wariskan kepada anda dan ianya merupakan Warisan Leluhur dari Indonesia. Anda akan diijazahkan dengan keilmuan yang hebat yang berfungsi untuk segala niat.

 

Lawan yang beremosi tinggi akan muntah darah dan terkunci dan mengosongkan kekuatan lawan. Anda akan diisikan dengan kekuatan tenaga dalam bersama dengan 5 kekuatan tenaga batin Garuda Sakti (kehebatan 5 Jurus Garuda untuk kekuatan Dzahir serta batin ). Dengan berbekalkan ilmu ini anda mampu untuk menghindari dari serangan segala ILMU kejahatan seperti Santau, Ilmu Sihir, Racun, asid kebal dan
segala serangan senjata tajam dan tumpul.


INTISARI ILMU


Keistimewaan serta kehebatan kepada orang-orang yang mengamalkan Ilmu Kebatinanan Silat Garuda Sakti ialah andainya mereka diserang oleh musuh-musuh mereka atau sesiapa sahaja dengan emosi marah atau
dengan niat mencederakan atau dengan niat tidak baik. Ianya tidak akan memberi kesan apa-apa kepada badan atau anggota pengamal ilmu ini, sebaliknya penyerang itu akan menerima akibat yang buruk.


Anda adalah merupakan salah seorang yang akan menghidupkan dan menyambung Khazanah amalan ini. Gunakanlah ilmu ini untuk tujuan kebaikan. Bapak tidak redha jika sekiranya anda menggunakan ilmu ini
untuk tujuan
maksiat dan kejahatan. Jika sekiranya sampai ke pengetahuan Bapak bahawa anda telah menyalahgunakan ilmu ini maka saya tidak teragak-agak untuk memansuhkan ilmu ini dari dada
anda atau ilmu itu
memakan diri anda sendiri ( rosak binasa ).


Akhirrul kalam, saya hanya mengimbau kepada anda sekelian khususnya kepada pengamal maupun saya sendiri untuk saling mempereratkan silaturrahim dan saling berbaik- baik diantara sesama ummat
manusia
.


Amin Ya Rabbal Alamin.


Amanat dari Bapak


( Bapak Subarjo Hj.Sukardi )

Guru Utama

Perguruan Persilatan Garudasakti



 

Views: 973

Tags: http://www.facebook.com/silatgarudasakti

Comments are closed for this blog post

Birthdays

There are no birthdays today

Senjata Nusantara untuk dimaharkan

LOGO PERGURUAN SILAT GARUDASAKTI
(reg.no.0993-10-JHR)
Bermaruah,Bermatlamat,
Berwawasan

widgeo.net

Sesiapa hendak menebus koleksi senjata Traditional Nusantara sila hubungi terus ke Bpk.Subarjo 017-7790987 atau office hour 07-4532239(harga bolih dirunding) Sila rujuk : Latest:http://garudasakti.webs.com 1)Pedang Melayu Zaman Jepun sebilah RM600.00. Lengkap dengan sarung dan sempurna mata bilahnya.


2)Keris Ganjairas
Sarong dan ulu dibuat baru tradisi Melayu Riau,Mata keris masih utuh dan sempurna ,usia lebih 200 tahun.Mahar sebilah RM1,500.00


3)Keris Nogososro Sabuk Delima
Keris berlok 11,dimulut nogo terdapat sebiji Batu Delima,besi bersalut besi kuning dan begitu unik dan indah buatannya.Mahar sebilah RM2,000.00


4)Keris Adat Melayu Riau
Keris Adat Melayu yang langka dan unik ini adalah simpanan bapak,sarung dan ulu dibuat baru berbentuk Melayu dan mat a besi masih utuh dan unik,panjang dari ujung mata hingga keulu 24 inches.Mahar RM2,500.00


5)Keris Jalak Tilamsari
Keris Jawa yang langka dan usia menjangkau 300 tahun,kehalusan dan keindahan terserlah.Mahar RM2,000.00.



6)Badik Bugis
Koleksi 2 bilah badik untuk dimaharkan.Sila rujuk bapak untuk maharnya.


7)Teras Kayu Sulor Bertam Batu sepasang Jantan&Betina.
Pakaian untuk yang berisiko tinggi,pukulan berbisa,untuk keselamatan dan lain lain,diserta pengolahan dan hikmahnya.Mahar sepasang RM600.00(telah dicanai sesuai untuk diikat dicincin atau loket)


KOLEKSI PERIBADI
1)Palembang Kris Ori


2)Galeri D'Raja


3)Keris Adat Kerajaan Melaka


4)Barangan Purba


5)Kain CINDAI DIRAja


6)Wang Sukarno bergulung LIDI (Open)


7)Wang Sukarno bergulung LIDI (Closed))


8)Duit MALAYA Kerbau Bajak( Zaman British)


9)Selempang Garudasakti


10)Koleksi Nusantara 1


11)Keris Bugis


12)Keris Melayu Panji Alam


13)Pedang Jepun General Yamaguchi 1817


Bolih dilentur dijadikan talipinggang atau selempang


14)Gading Gajah Mamoth Zaman Purba


15)Koleksi Cenderahati GS


16)Barangan Purba


17)Barangan Purba


18)Barangan Purba


19)Barangan Purba


20)Koleksi 1-Keris Melayu


21)Koleksi 2-Keris Jawa


22)Koleksi 3-Perbagai Keris


23)Koleksi 4- Perbagai Keris


24)Badik Bugis


25)Badik Bugis


26)Badik Bugis


27)Senjata Melayu


28)Keris Nogososro Sabuk Intan


29)Keris Melayu Petani


http://www.garudasakti.com.my/mistik.htm#koleksidis

30)Pemberian Ilahi


31)Dulang Ritual


32)Peti Rakaman Antik


33)Pedang D'RAja


Bulan March
Adventerous dan Tarvelling in North Malaysia,Perlis&Thailand



© 2014   Created by panchabayu.   Powered by

Report an Issue  |  Terms of Service